Thursday, 27 August 2015

5 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN SEBELUM/SEMASA MENUNAIKAN UMRAH / HAJI

PENJAGAAN KESIHATAN SEMASA MENUNAIKAN UMRAH / HAJI


Musim haji dah tiba lagi..
Ramai pakat update menghantar saudara mara ke Kelana Jaya (tempat berkumpul paling glamer di musim haji) or kawasan yang telah ditetapkan untuk penerbangan ke Madinah / Mekah.
Alhamdulillah. Tahniah bagi mereka yang telah mendapat panggilan untuk menunaikan Haji pada tahun ini.

Perlu diingatkan bahawa tahap kesihatan perlulah dalam keadaan terbaik untuk memudahkan urusan mengerjakan ibadah haji.
Kesihatan yang baik akan melancarkan lagi urusan ibadah dengan sempurna dan tanpa ragu-ragu.

5 TIPS PERSEDIAAN PENJAGAAN KESIHATAN

Jom baca 5 tips persiapan untuk penjagaan kesihatan sebelum berlepas ke tanah suci dan semasa berada di sana.

1.     Jaga kesihatan dari awal terutama setelah mendapat pengesahan layak untuk mengejakan haji pada tahun tersebut. Kebiasaannya kelulusan untuk menunaikan haji boleh diketahui dari awal tahun lagi. Sekiranya berkemampuan, lakukan senaman untuk meningkatkan stamina semasa berada di tanah suci. 

** Pengalaman papa saya dulu, beliau mula berjalan kaki ke surau setiap kali waktu solat (almost 500meter dari rumah ke surau) untuk membiasakan diri berjalan jauh semasa menunaikan ibadah. Kebiasaannya hotel penginapan agak jauh sekiranya menggunakan perkhidmatan TH.

2.     Sekiranya bakal haji jatuh sakit selepas lulus pemeriksaan kesihatan, beliau hendaklah memaklumkan kepada pegawai perubatan agar maklumat terkini seperti jenis penyakit dan ubataan yang perlu diambil dapat dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kesihatan bakal haji tersebut.

3.     Mengambil vaksin Meningococcal (wajib) dan vaksin tambahan seperti vaksin Seasonal Influenza dan Pneumococcal. Perlu ambil tahu bahawa Kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan pengambilan pelalian Vaksin Meningococcal kepada semua bakal haji bermula tahun 2001 lagi. 

4.        Bagi jemaah wanita yang hendak mengambil ubat penahan haid, berjumpalah dengan doktor bagi membincangkan ubat serta waktu yang bersesuaian untuk mula pengambilan ubat tersebut. 

** Pengalaman adik yang baru balik menunaikan umrah, beliau agak terlewat untuk berjumpa dengan doktor sebelum tiba hari berlepas ke tanah suci, oleh itu beliau terpaksa redha kerana didatangi haid semasa berada di kota Mekah (jangan lupa, setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya)

5.       Amalkan pemakanan yang seimbang dan ambil vitamin / makanan kesihatan tambahan yang boleh membantu untuk meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik terutama semasa berada di tanah suci.

** Berdasarkan pengalaman keluarga yang baru pulang dari umrah, adik turut membawa beberapa jenis suplemen tambahan untuk kegunaan semasa berada di tanah suci. Ia amatlah berguna kerana kos perubatan dan ubat-ubatan agak mahal di sana. 

SET KESIHATAN SEMANA MENUNAIKAN IBADAH HAJI / UMRAH

Antara suplemen yang boleh dibawa adalah seperti di dalam gambar iaitu NUTRIFERON, PERFORMANCE ORANGE, VITA C 500mg SUSTAIN RELEASE dan VITA-LEA IRON FORMULA.

Set Semasa Menunaikan Umrah & Haji Shaklee
   

Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang bakal menunaikan ibadah haji, anda juga boleh menghadiahkan suplemen seperti di atas kepada mereka. Hubungi saya di 019 6667748 untuk mendapatkan bekalan suplemen tersebut. Semoga bakal-bakal haji memperolehi haji mabrur seperti yang dicita-citakan.


Biha Anis
019 6667748

No comments:

Post a Comment