Saturday, 19 September 2015

KETUK-KETUK KUALI : Resipi Ayam Masak Kicap

AS Salam..

Lama tak bersiaran..
Nampak sangat tak sempat nak update blog selalu..

Ok hari ni nak share resipi Ayam Masak Kicap Dapur Kecilku 😚😚
Simple je cara masak nya tapi anak2 mmg hantu lah makan..
Ni pun tadi balik dr ofis agak lambat sbb ada meeting, terus keluarkan ayam dr peti ais n tgh mandi br decide nak masak apa 😂

Bahan2 :
1. Ayam (isi / tulang2 sikit..ku campur sebab hencik suami tak suka part isi sangat..)

2. Kentang (potong dlm suku inch)

3. Bawang merah 

4. Bawang putih

5. Kicap

6. Sos tiram

7. Serbuk kunyit

8. Minyak masak

9. Garam

10. Lada sulah & lada hitam (ni ku tak letak sebab hencik husband tak suka)

11. Cili merah sebiji

Cara masak :

1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan gorengkan sehingga separuh masak..kalau nak smp sikit garing pun sodap yo..angkat dan toskan ayam lps dah agak2 masak..

2. Gaulkan kentang yg dh potong nipis dengan kunyi dan gorengkan sehingga masak..kentang ni lambat nak masak, so better goteng dulu supaya x lama nak biar dlm kuah tu nanti..

3. Tumbuk bawang merah n bawang putih..

4. Panaskan minyak sikit (guna lebihan minyak goreng tadi pun ok je)..

5. Masukkan bawang yg dah ditumbuk..goreng smp naik bau..

6. Masukkan sos tiram dan kicap..

7. Masak sampai rasa dah okay, then masukkan ayam n kentang..

8. Masukkan garam, lada sulah ngan potong dua cili merah..

9. Bila dah rasa ok dlm 4-5 minit, boleh tutup api.

10. Sendukkan dalam bekas dan hias dengan daun sup.

Tadaaaa dah siap!!
Proses penyediaan lebih kurang 15-20 minit je..

Haa ni gambar yg sy masak tadi..



Habis licin 4 beranak makan..

Makan pula dengan nasi panas..

Memang terbaik lah!

Anak2 pun kejap2 lari suh suap..

Xyah suruh pun xpe..

Hahaha..

Selamat mencuba!

Walaupun rupa x cantik tapi yang penting anak2 suka..

Hencik suami pon layannn..


Ok dah tu je nak share..

Jumpa lg for next resipi!

As salam ☺️





No comments:

Post a Comment