Wednesday, 9 September 2015

RESIPI : KUAH LAKSA VERSI BIHA ANIS

As salam
Disebabkan post gambar laksa yang ni..



saya dapat banyak request untuk share mcm mana nak buat kuah laksa..
Lama dah dpt request suh share camna saya buat kuah tu..
Tapi tu lah..
Asyik lupa je..

So this time saya share je terus kat sini..
Tak yah nak ulang2 dah..
Kalau ada yang tanya kagi boleh lah suh baca je kat sini..

Resipi ni saya belajar dr ibu saya..
Turun temurun katanya..
Memang dari kecik memang ini lah resipi nya..
X ubah pun sebab mmg dah suka version ni kan..

Ok ni bahan2 nya..
Cuma jangan ditanya kuantiti each item sebab resipi ni adalah resipi campak2 n sesedap rasa..
Masa masak masa tu rasa..
Apa yang tak cukup tambah sebaiknya..

Bahan A (untuk dikisar)
1. Bawang merah
2. Cili kering

Bahan B (untuk rebusan)
1. Ikan kembung / mabung (type2 yg ni..x pakai pun ikan sardin or lain2)
2. Asam keping

Bahan C
1. Daun kesum
2. Bunga kantan
3. Asam keping
4. Belacan
5. Garam
6. Pak aji (jika jenis mmg xleh tinggal pak aji)

Cara masak

1. Blendkan bahan2 A dan asingkan. Kalau ikut cara saya, blendkan asing2..nanti senang nak balancekan rasa mana yg x cukup

2. Rebuskan bahan2 B bersama2. Kuantiti air tu banyak pun xpe..nanti boleh blendkan isi ikan tu ngan air rebusan tu.

3. Toskan ikan yg dah siap direbus. Asingkan isi dan tulang ikan. Asam keping boleh buang kalau xnak recycle.

4. Blendkan isi ikan dengan air rebusan. Blendkan jugak tulang ikan tapi tapis betul2 jangan ada tulang masuk dlm periuk.

5.  Dah siap item 1 - 5, masukkan semua item A dan B yang dah blend ke dalam periuk. Masukkan jugak item C termasuk belacan yg dah diblend dulu. Masukkan baki air rebusan ikan (jika ada) dan tambah air biasa if rasa nak kuah lebih.

6. Biarkan kuah mendidih n keep rasa. Mana2 rasa yang tak cukup, boleh tambah. Ni memang sesedap rasa ye. Ikut tekak masing2

7. Bagi didih lama sikit biar kuah rasi dengan isi ikan n pekat. Kuah tu nak tau dh masak or blom tengok isi ikan dah turun ke bawah or blom.

8. Celur laksa siap2 sebelum kuah masak. Kalau nak cepat boleh guna laksa segera. Kalau rajin n boleh tunggu, pakai la laksa kering. Macam saya, lebih suka yang jenis kering nya. Lagi best n kenyal.

9. Dah masak boleh lah hidangkan dengan potongan daun salad + hirisan timun + hirisan bawang merah + cili merah + cili api hiris + telur rebus.

Siap untuk dimakan.
Macam saya, selalu buat ikan sampai 2 ke 3kg sekali masak.
Boleh simpan untuk dibekukan.
Sebab tu lah saya jarang takde stok kuah laksa.
Bila rasa nak makan, anytime boleh panaskan n feed the madness.. hahaha

Ok lah
Selamat mencuba!
Kalau rasa malas nak masak, meh la datang rumah
Tapi bagitau dulu.
Kang laksa kering je ku hidangkan..
Hahaha

Sebelum tu meh jamu2 mata
Koleksi gambar laksa yang saya buat ..
Hehe

Saya memang suka makan gini..kuah penuh sampai x nampak laksa tu sendiri..pastu hirup! Puas! Hehe


Takde yang lain2 pun takpe..yang penting kuah nya penuh!

Selain dari kaya dengan protein darik ikan, laksa juga terkenal di kalangan pengamal diet sihat untuk kurus kerana laksa dikatakan mampu menguruskan badan. 
Hehe..

Tapi jangan makan ngan laksa..
Makan kuah ngan sayur2 tu je ye..
Baru boleh kurus..
Ye tak?
Hehe

Kalau rasa tak sanggup nak makan laksa semata2 nak kurus, meh la amek SLIMMING SET SHAKLEE..
Pun boleh digunakan untuk turunkam berat badan..
Tak yah masak lama2 kat dapur..
Hehehe

Biha Anis
019 6667748






No comments:

Post a Comment